Sunday, January 1, 2012

Ulser Mulut

Posted by mrs yaya at Sunday, January 01, 2012
S E L A M A T T A H U N B A R U 2 0 1 2 !!!
okey..ini bukan permulaan enrty aku...jommm ~~~

Sejak balik dari makan MCD hari itu,ulser telah menyerang bibir dan lidah aku..Ada sesetengah orang panggil mata ikan. Aku ada google gambar, tapi cam geli lak nak letak kat blog hehe. Paham-paham je la ye macamana mouth ulcers tu. Kalau tak tau juga, sila google sendiri...

Dalam kes aku ni, puncanya aku tak pasti. Tak tahu sama ada tergigit bibir sendiri, ataupun kurang minum air masak, ataupun tercucuk sesuatu sewaktu makan. Tapi jikalau digoogle, antara punca ulser ialah seperti berikut:

1) Kurang Vitamin B12
2) Kurang asid folic dan zat besi
3) Stress (stress sebab nak exam atau sebab banyak dapat kerja. Aku rasa aku yang kedua tu, hehe)
4) Hormones tidak seimbang. Ok mari kita salahkan hormones.

Ulser mulut ni petanda yang sistem imunisasi korang dalam keadaan yang err.. under pressure? Ahhh google ni semua nak salahkan stress je. Padahal entah-entah sebab terodok mulut ngan berus gigi, hahahah!!

Aku hari ni sampai rasa macam nak demamlah. Mulut dah la jadi bengkak dan tebal pula. Tambah dengan sakit lagi, memang kombo hebatlah. Last-last telan Panadol dua biji... Walaupun aku tak tahu ada kesan ke makan Panadol.. tapi bedal aje lah kan...

Sedih takde selera

Nak makan pun takde selera. Aku rasa ulser ni salah satu cara untuk kurus jugak. Ye la mulut kau sakit, nak makan pun takde selera. Selain dari tu, boleh jugak menghalang diri dari bergosip, sebab mulut sakit kan. Kalau nak gosip jugak, baca je blog gosip kat Beautifulnara..hahahh!

Cara merawat ulser

1)Ada macam-macam cara nak rawat ulser ni. Tapi cara paling kejam ialah dengan meletak garam kat tempat yang kena ulser tu. Kalau aku letak garam, gamaknya MC dua hari kot. huiiiii.. takleh imagine kalau aku letak garam. Ataupun kumur dengan air garam pun cadangan yang aku tak boleh terima. Ini sangat menyeksakan.

2)Kawan aku suggest letak ais. Aku tak pasti keberkesanan dia, tapi kalau minum air sejuk, memang macam rasa lega sikit. Sikit lah.

3)Then next suggestion, letak marjerin. Adeh marjerin ni payah sikit. Bila letak kat mulut je, rasa nak makan. Makanya macam mana la dia nak jadi obat kan. Letak je, habis. Letak je, habis.

4)Jangan makan makanan pedas. Tapi semalam baru je aku makan roti nan dengan kuah kari..karu dia pedas ok..hahah!!!

Kenapa la semua cara merawat semuanya macam ada unsur-unsur penyeksaan? Isk. Camni bila la ulser aku nak baik. Arghhhhh..!!!

0 comments on "Ulser Mulut"

Post a Comment

0 comments: